SUKAN

Advocaat sebak sebelum aksi sulung Curacao di Piala Dunia 2026

HOUSTON – Pengendali pasukan Curacao, Dick Advocaat tidak dapat menahan sebak ketika pasukannya melakar detik bersejarah turun buat kali pertama di pentas Piala Dunia, sebelum perlawanan pembukaan menentang Jerman dalam aksi Kumpulan E.

Pengendali berusia 78 tahun itu dilihat mengesat air mata ketika pasukannya bersiap sedia menghadapi gergasi bola sepak dunia, sekali gus mencipta sejarah tersendiri sebagai antara jurulatih paling berusia mengemudi pasukan di kejohanan berprestij tersebut.

Curacao, sebuah negara kecil dengan populasi sekitar 155,000 penduduk, beraksi di Piala Dunia buat pertama kali selepas pencapaian membanggakan dalam pusingan kelayakan.

Advocaat sebelum itu hampir menarik diri daripada tugasan tersebut atas faktor kesihatan keluarga, namun kembali menyertai pasukan selepas keadaan anaknya dilaporkan bertambah baik.

“Walaupun kami sebuah negara kecil berbanding Jerman, kami mahu menyukarkan permainan mereka dan menjadi pasukan yang sukar ditundukkan,” memetik The Sun UK online.

Dalam aksi tersebut, Curacao mencipta kejutan awal apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Livano Comenencia pada minit ke-21, namun Jerman kembali menguasai permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan besar 7-1, termasuk dua jaringan oleh Kai Havertz.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button