ADUN Dusun Tua tegas tolak penganjuran program berunsur LGBT
HULU LANGAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz membantah sebarang penganjuran program yang dikaitkan dengan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dimaklumkan akan diadakan di kawasan Dusun Tua.
Menurut beliau, penganjuran program seumpama itu mencetuskan keresahan serta mengundang kemarahan masyarakat setempat, selain disifatkan sebagai satu bentuk provokasi sosial yang boleh menggugat keharmonian awam dan sensitiviti penduduk.
Sehubungan itu, beliau menegaskan agar pihak chalet atau resort yang terlibat tidak membuka pintu atau memberi sebarang laluan kepada penganjuran program berkenaan, selain menggesa supaya sebarang penglibatan berkaitan dibatalkan serta-merta.
“Sebarang penganjuran yang bertentangan dengan ajaran Islam, nilai moral dan norma masyarakat tempatan tidak boleh diterima sama sekali.
Terdahulu, program yang diberi nama ‘Glamping With Pride’ yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat hujung minggu depan tetap akan diteruskan walaupun mendapat bantahan ramai pihak.
Program tersebut dianjurkan oleh sebuah kumpulan pro lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) yang dikenali sebagai Jejaka dan digambarkan sebagai program berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya serta kesedaran kesihatan.
Dalam pada itu, Johan turut mengingatkan bahawa Rasulullah SAW telah melaknat perbuatan menyerupai jantina yang bertentangan.
Beliau menegaskan, tidak akan berkompromi dalam sebarang isu yang menyentuh akidah, moral dan keharmonian masyarakat setempat.
“Dusun Tua bukan pusat kegiatan maksiat dan tidak akan menjadi tempat kepada agenda yang dimurkai oleh Allah SWT,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








