BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAHPOLITIK

Program LGBT dikaitkan parti politik, polis ambil tindakan tegas

SHAH ALAM – Polis telah memanggil penganjur sebuah program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikaitkan dengan parti politik tertentu untuk dirakam percakapan bagi tujuan siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Program tersebut dilihat melangkaui batas sensitiviti masyarakat serta bertentangan dengan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf sebarang amalan berkaitan LGBT,” ujarnya.

Beliau menasihati masyarakat supaya tidak menyertai sebarang program yang boleh mencetuskan kontroversi dan menjejaskan keharmonian awam.

“Polis akan terus memantau perkembangan berkaitan serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keamanan serta pematuhan undang-undang negara.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya.

Program yang dirancang berlangsung pada 21 Jun ini menjadi fokus siasatan polis bagi memastikan segala aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dapat dibendung serta diambil tindakan sewajarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button