POLITIK

Ab Rauf beri bayangan DUN Melaka dibubar tidak lama lagi

MELAKA – Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka diumumkan menjelang akhir bulan ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan sedemikian ketika berucap pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Sungai Udang, hari ini.

Dalam ucapannya, Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, pembubaran DUN akan dibuat dalam tempoh ‘dua kali Jumaat’ lagi.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu, di sini hari ini.

Hadir sama, EXCO Kanan Negeri yang juga Penyelaras Pembangunan DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Ab Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata, pengumuman berkenaan tidak seharusnya ditangguhkan terlalu lama kerana rakyat, khususnya golongan muda perlu diberikan ruang untuk menentukan hala tuju dan masa depan negeri berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button