BERITA SEMASA
Mahkamah Tinggi batalkan reman Tamim Dahri dan 3 yang lain, diarahkan dilepas serta merta
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membatalkan penahanan reman dua hari yang diberikan oleh majistret pagi tadi terhadap aktivis Tamim Dahri dan tiga yang lain.
Menurut Peguam, Aidil Khalid, susulan keputusan itu Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka dilepaskan serta merta.
Terdahulu pagi tadi Tamim dan tiga yang lain direman selama dua hari bermula tarikh tangkapan semalam.
Bagaimanapun pasukan peguam memutuskan untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan reman tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menurut peguam mereka, walaupun reman hanya dua hari, pihak pembelaan berpandangan ia tidak sepatutnya diberikan kerana anak guam mereka telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan menyerahkan diri secara sukarela.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








