JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Rayuan akhir kes rasuah RM3 juta: Keputusan libatkan Isa Samad dijangka pagi ini

PUTRAJAYA – Proses rayuan akhir melibatkan sembilan pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM3 juta membabitkan Tan Sri Mohd Isa Samad didengar di Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini.

@malaysiatribuneTan Sri Mohd Isa Samad tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya pada jam 8.40 pagi bagi mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan sama ada beliau dibebaskan atau perlu menjalani hukuman penjara atas kes rasuah membabitkan Felda. #malaysiatribune #beritasemasa♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Persekutuan itu merupakan peringkat terakhir dalam sistem kehakiman negara, selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan.

Pihak pendakwaan memohon agar panel hakim Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan pembebasan tersebut dan mengembalikan semula sabitan bersalah serta hukuman penjara dan denda RM15.45 juta seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sekiranya rayuan pendakwaan ditolak, Mohd Isa yang kini berusia 77 tahun akan dibebaskan sepenuhnya daripada semua pertuduhan.

Bagaimanapun, jika panel hakim menerima rayuan tersebut, mahkamah boleh memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara serta-merta.

Bekas Naib Presiden UMNO itu tiba di Istana Kehakiman bersama ahli keluarganya pada jam 8.40 pagi.
Difahamkan, keputusan rayuan akan dibacakan oleh panel tiga hakim bermula jam 9.10 pagi.

Pada 3 Februari 2021, Mohd Isa dijatuhi hukuman penjara selama 54 tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas semua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, menjadikan tempoh pemenjaraan berkuat kuasa selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Namun pada 6 Mac 2024, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman berkenaan dan seterusnya melepaskan serta membebaskan beliau daripada semua pertuduhan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button