KPT sambut baik pandangan pelajar mengenai AUKU
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pandangan yang disuarakan oleh pelajar berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, AUKU merupakan akta yang dinamik dan perlu disesuaikan supaya selari dengan peredaran zaman.
“Kita sentiasa inginkan satu idealisme perjuangan. Kita hormati kerana mereka ingin beri paadangan, ini tidak bermakna kerajaan langsung tidak buat apa-apa dalam konteks AUKU ini.
“AUKU adalah satu akta yang penuh dengan perbahasan, perdebatan, kontorversinya yang mana sebahagian besar kita (yang) berada di sini turut terlibat dalam siswa-siswa di kampus (sebelum ini).
“Oleh demikian kita menghormati pandangan-pandangan mereka (pelajar) melalui perbahasan perdebatan sihat yang dibuat, melalui pertemuan ke kampus-kampus dengan pandangan berkaitan keperluan terhadap perubahan yang kita perlu lakukan,” katanya ketika Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau bagaimanapun mengakui, proses penambahbaikan AUKU memerlukan proses yang panjang kerana akta tersebut tidak sekadar berkaitan kebebasan pelajar semata-mata sebaliknya melibatkan penubuhan 18 universiti, punca kuasa, pentadbiran dan pengoperasian.
“Sewaktu AUKU digubal pada 1971, ia dilihat secara komprehensif di dalamnya ada 44 seksyen semuanya, 32 seksyen berkaitan tadbir urus. Dan kita tahu ia merupakan asatu proses yang panjang yang sangat dinamik dan pindaan demi pindaan telah dilakukan.
“Pada 2012 pindaan titik awal pemerkasaan, kita melihat ada sekatan-sekatan terhadap kebebasan mahasiswa kemudian kita teruskan lakukan pindaan itu dan terbaharu tahun lalu ada berbahas dalam Parlimen,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








