BERITA SEMASASUKAN

Selangor FC kesal insiden penyokong di Jambatan Angkat Kuala Terengganu

SHAH ALAM – Selangor FC menzahirkan rasa kesal susulan insiden melibatkan sebilangan penyokong di Jambatan Angkat (Drawbridge), Kuala Terengganu, sebelum perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC baru-baru ini.

Dalam kenyataan media hari ini, Selangor FC merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu atas tindakan tegas yang diambil bagi memastikan ketenteraman dan keselamatan warga awam terpelihara.

Selangor FC menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dan menyelar sebarang tingkah laku yang melanggar undang-undang serta mengancam keselamatan orang ramai.

“Kelab ingin menegaskan bahawa salah laku sedemikian bercanggah dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Selangor FC dan komuniti bola sepak Selangor.

“Justeru, kami percaya insiden ini akan dijadikan iktibar oleh semua pihak. Kami berharap setiap penyokong akan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab, saling menghormati serta bersatu padu demi memupuk budaya sokongan bola sepak yang lebih positif dan sihat,” menurut kenyataan itu.

Baca juga : MFL gesa kelab kawal tingkah laku penyokong

Selangor FC turut menegaskan akan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana kumpulan penyokong dan akan terus memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam menjamin keselamatan serta memperkasakan kemeriahan sukan bola sepak tempatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan seramai 33 penyokong pasukan bola sepak Selangor direman susulan kejadian mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran di sepanjang laluan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button