MFL gesa kelab kawal tingkah laku penyokong
KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menggesa semua kelab bola sepak agar memantau serta mengawal tingkah laku penyokong masing-masing bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam dan keselamatan.
Menurut MFL, pihaknya berpendirian tegas menolak sebarang unsur negatif serta tindakan tidak bertanggungjawab oleh segelintir penyokong bola sepak tempatan.
“Sikap dan perlakuan sedemikian bukan sahaja boleh mencetuskan gangguan terhadap ketenteraman dan keselamatan awam, malah berupaya mencemarkan imej bola sepak tempatan yang sepatutnya menjadi medium penyatuan serta memupuk semangat kesukanan,” menurut badan pengelola liga itu dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat, Kuala Terengganu, sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan berkenaan.
Berikutan kejadian itu, seramai 33 penyokong Selangor FC telah direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang tercetus.
Insiden tersebut berlaku sebelum perlawanan Selangor FC menentang Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








