BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kerana setandan pisang, penganggur dipenjara 30 hari

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara selama 30 hari selepas didapati bersalah mencuri setandan pisang di Kampung Beladau Kolam, Manir dekat sini.

Hukuman terhadap Wan Mustafa Ab Rahman, 44, itu diputuskan Majistret, Nor Mazrinie Mahmud
di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, mengikut seksyen 379 Kanun keseksaan kerana mencuri.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri setandan pisang milik seorang warga emas.

Kesalahan dilakukan di Kampung Beladau Kolam Manir, Kuala Terengganu, pada 29 April lalu pada pukul 6.50 petang, lapor Buletin TV3 hari ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman berkuatkuasa dari tarikh tangkapan pada 29 April.

Pendakwaan kes dikendali Timbalan Pendakwaraya Nor Aishah Mohamad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button