ZUS COFFEE rangkul anugerah pertama di Putra Brand Awards
KUALA LUMPUR – ZUS COFFEE terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman negara apabila jenama kopi tempatan itu meraih pengiktirafan Putra Brand Awards dengan memenangi emas dalam kategori Restoran dan Kedai Makanan Segera, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan ZUS COFFEE, Venon Tian berkata, jenama itu bermula sebagai sebuah kiosk tunggal dengan impian untuk menjadikan kopi istimewa mudah dinikmati rakyat Malaysia.
Menurutnya, apa yang bermula sebagai jenama kopi tempatan kini berkembang menjadi antara rangkaian paling pesat di Asia Tenggara dengan lebih 1,000 kedai di seluruh dunia.
“Memenangi Putra Brand Awards pertama kami amat bermakna kerana ia datang daripada orang yang percaya kepada kami dan berkembang bersama kami sepanjang perjalanan.
“Pengiktirafan ini mengingatkan kami bahawa ZUS COFFEE bukan hanya tentang kopi, tetapi tentang komuniti yang memungkinkan kewujudan ZUS COFFEE,” katanya.
Pengiktirafan berprestij yang ditentukan melalui undian pengguna itu mencerminkan tahap kepercayaan serta sokongan kukuh terhadap visi tempatan ZUS COFFEE dalam menjadikan kopi istimewa lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Putra Brand Awards yang turut dikenali sebagai Anugerah Pilihan Rakyat dinilai menerusi kajian pengguna di seluruh negara dan disokong badan industri utama, sekali gus dianggap sebagai penanda aras kepercayaan pengguna di Malaysia.
Seiring kemasukan ZUS COFFEE ke fasa pertumbuhan seterusnya, Putra Brand Awards disifatkan sebagai penanda aras penting dalam mengukuhkan cita-cita jenama itu untuk terus berkembang dan menjadi pilihan pengguna sebagai pesaing global.
Venon berkata, ketika berkembang di seluruh rantau ini, ZUS COFFEE berbangga membawa identiti Malaysia ke pentas global, berteraskan pendekatan jenama yang diutamakan oleh rakyat serta dipacu komuniti.

Pendekatan itu, katanya, menjadi panduan dalam membina hubungan melalui kerjasama tempatan dan penyusunan menu yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.
Ketika ini, ZUS COFFEE beroperasi di Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei dan Thailand, selain bakal memasuki pasaran Indonesia, serta baru-baru ini mencapai pencapaian pembukaan 1,000 cawangan.
Daripada menu berinspirasikan tempatan hingga minuman universal, ZUS COFFEE terus mengimbangi kerelevanan budaya dengan sokongan model runcit baharu berteraskan aplikasi bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar merentasi pasaran.
Dengan perancangan pengembangan yang rancak menjelang 2026, jenama itu memberi tumpuan untuk membawa pendekatan tempatan yang progresif dalam kopi, teknologi dan pengalaman pelanggan ke peringkat global.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















