POLITIK

PKR lantik Tengku Zafrul sebagai ex-officio Biro Politik

CYBERJAYA – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju melantik bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ex-Officio Biro Politik PKR.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, MPP yang bermesyuarat hari ini turut membuat keputusan untuk melantik Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari dan Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid sebagai ex-officio.

Menurutnya, tiga individu lain turut dilantik sebagai Ex-Officio MPP PKR, iaitu Datuk Jamawi Ja’afar, Datuk Ruji Ubi dan Datuk Yamani Hafez Musa.

Tambah beliau, MPP turut memutuskan bahawa Kongres Nasional PKR akan diadakan di Melaka pada 25 hingga 28 Jun 2026.

“Maklumat terperinci akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Keadilan dalam masa terdekat.

“Selain itu, MPP telah meneliti pelaksanaan ikhtiar terbaharu Kerajaan MADANI termasuk Rancangan Pendidikan Negara yang merupakan satu usaha menyeluruh bagi menjamin mutu pendidikan yang lebih baik dan mempersiapkan generasi muda menghadapi dunia digital yang semakin mencabar.

“Program bantuan rakyat seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) juga dilihat boleh ditambah baik bagi memastikan isu kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan tuntas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button