PAU 2022: Bendera Sang Saka Bangsa dikibarkan
KUALA LUMPUR – Tradisi mengibarkan bendera parti ‘Sang Saka Bangsa’ diteruskan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pagi tadi.
Majlis pengibaran bendera itu telah disempurnakan dan dikibarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis tersebut diiringi dengan lagu Pergerakan Wanita, diikuti Pemuda dan Puteri UMNO diikuti dengan nyanyian lagu parti, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dan ‘Sang Saka Bangsa’.
Selain itu, turut kelihatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mengetuai Wanita UMNO, Pemuda oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dan Datuk Zahida Zarik Khan bagi Puteri.
Dalam pada itu, yang mengiringi Presiden, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Yang hadir sama menyaksikan upacara berkenaan adalah Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta barisan EXCO mewakili ketiga-tiga sayap parti.