Pencarian berakhir, Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung
KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan Nadiah Kasumawati atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma terungkai selepas ahli keluarganya mengesahkan pelakon itu meninggal dunia akibat sakit jantung di Jeddah, Arab Saudi.
Menurut keluarga menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di media sosial, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu sekitar jam 8.05 malam.
Berita sedih itu turut disahkan oleh suaminya, Muhammad Kamarul Kabilan
dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.
Dalam hantaran tersebut, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang isteri yang setia, penyayang, ikhlas dan penuh tanggungjawab, selain memanjatkan doa agar Allah SWT mengurniakan keampunan serta menempatkan arwah dalam kalangan para solihin.

Ucapan takziah dan doa turut membanjiri ruangan komen sebagai tanda simpati serta sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan ahli syurga.
Perkara itu dimaklumkan oleh ahli , sekali gus menjelaskan khabar kehilangan Allahyarham sebelum ini.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





