BERITA SEMASA

Lebih 5.2 juta murid terima Bantuan Awal Persekolahan RM150

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI mula menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 kepada setiap murid sekolah secara berperingkat bermula 11 Januari lalu, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM800 juta.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid termasuk pelajar Tingkatan Enam bersempena minggu pertama sesi persekolahan tahun 2026.

“Bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa sistem pendidikan negara serta meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga khususnya pada awal tahun persekolahan,” katanya pada sesi taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), di sini hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan BAP selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Tahun Baharu 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan.

Menurut Tunku Nashrul lagi, PMO mengalu-alukan kepulangan pelajar minggu ini yang menandakan permulaan sesi persekolahan 2026.

“PMO juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, penjaga dan para pendidik yang terus memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan generasi negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button