Hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN fokus perkukuh kerjasama strategik
ASEAN mempererat hubungan strategik bersama GCC dan China
KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hari ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan antara ASEAN dan rakan strategik luar menerusi penganjuran dua sidang penting.
Menurut Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak Trilateral ASEAN-GCC-China yang berlangsung hari ini akan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan mampan.
Beliau menjelaskan, kerjasama tersebut selaras dengan aspirasi ASEAN untuk memainkan peranan lebih besar dalam landskap geoekonomi Indo-Pasifik.
“Ini adalah langkah penting untuk memperkukuh keterlibatan ASEAN dengan rakan global, di samping memastikan rantau ini terus menjadi pusat pertumbuhan dinamik,” katanya dalam taklimat pagi ini.
Baca juga : ASEAN 2045 ke arah rantau lebih inklusif dan berdaya saingp
Turut berlangsung ialah Sidang Kemuncak BIMP-EAGA ke-16 dan Sidang Kemuncak IMT-GT ke-16, yang menurut beliau, akan menyokong agenda pembangunan sub-rantau serta memperkemas usaha memperkukuh keterhubungan rentas sempadan.
Mengulas pencapaian semalam, Tunku Nashrul berkata, pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Our Shared Future merupakan pencapaian utama yang akan menjadi panduan strategik ASEAN untuk dua dekad akan datang.
Beliau berkata, deklarasi baharu itu akan menjadi peta hala tuju baharu untuk menjadikan ASEAN sebagai sebuah komuniti berdaya tahan, inovatif, dinamik dan berpaksikan rakyat, serta menjadi pusat pertumbuhan utama di rantau Indo-Pasifik menjelang tahun 2045.
“Ia merangkumi lebih 500 langkah strategik, dengan fokus kepada pembentukan komuniti serantau yang inklusif, mampan dan berpaksikan rakyat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








