BERITA SEMASA

PM ucap selamat kembali ke sekolah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah sempena sesi persekolahan 2026 yang bermula hari ini.

Dalam satu hantaran menerusi laman media sosialnya, Perdana Menteri turut mendoakan keberkatan ilmu yang dituntut setiap murid.

“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid tahun satu yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.

    SekolahSesi persekolahan 2026 bermula Isnin hari ini manakala Kelantan, Kedah dan Terengganu bermula semalam.

“Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik.

“Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah,” katanya.


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button