JENAYAH & MAHKAMAH

Kemalangan bas ekspres: Seorang penumpang maut ketika terima rawatan

GOMBAK – Seorang penumpang bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan, mangsa lelaki berusia 36 tahun itu menaiki bas tersebut bersama isteri dan empat orang anaknya dari Kedah menuju ke rumah yang terletak di Johor Bahru.

BACA JUGA
15 cedera, tiga parah dalam kemalangan bas dan lori di Rawang

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mengenai punca kemalangan mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika berada di lorong kanan lebuh raya.

“Akibatnya, bas tersebut terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sehingga mengakibatkan kenderaan itu melintang di tengah jalan.

“Lori bonded dan motosikal yang datang dari arah sama kemudiannya melanggar bahagian kiri bas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Noor Ariffin berkata, pemandu lori, penunggang motosikal serta tujuh penumpang bas lain yang cedera parah sedang dirawat di hospital yang sama.

Beliau bagaimanapun berkata, pemandu bas ekspress tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim binti Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button