BERITA SEMASA

Pempengaruh TikTok yang sering bantu ayahnya tebar roti canai maut kemalangan

KUANTAN – Seorang pempengaruh TikTok maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dengan sebuah lagi motosikal di Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komsioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu,
mangsa Nurul Athira Auni Mohd Hafizan, 21, yang dalam perjalanan dari Tanjung Lumpur menghala ke pusat bandar Kuantan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, motosikal ditunggang Athira Auni bergesel dengan sebuah lagi motosikal dari arah belakang, menyebabkan mangsa terbabas ke kiri jalan.

Kejadian itu mengakibatkan pelanggaran berlaku dengan sebuah lagi motosikal lain.

Penunggang motosikal kedua yang berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham sebelum ini selalu membuat siaran langsung mekap di TikTok dan membantu ayahnya sebagai penebar roti canai di warung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button