SPR bincang urusan PRK Pelangai Khamis ini
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada Khamis ini.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang diPertuan Dewan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai.
“Penyandang kerusi DUN adalah Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang telah kembali ke rahmatullah pada 17 Ogos lalu dan juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Pahang.
“Sehubungan dengan itu, pihak SPR juga turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, atas kembalinya Allahyarham ke rahmatullah pada Khamis yang lalu.
“Mesyuarat khas tersebut adalah tarikh-tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan diperbincangkan,” katanya lagi.
Dalam pada itu katanya, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Seri Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu tamat.
“Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka DUN Pelangai, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut akan dipastikan oleh SPR,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






