Lantikan EXCO Perlis boleh diteruskan, sekurang-kurangnya 4 ahli
KANGAR – Pelantikan EXCO baharu Perlis boleh diteruskan dengan sekurang-kurangnya empat ahli.
Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, jumlah minimum lantikan itu adalah satu per tiga daripada bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Lantikan EXCO ini tidak akan ada masalah sebab minimum ialah empat (orang)… ada empat tanpa Menteri Besar, kalau dengan Menteri Besar jadi lima.
“Maknanya, kita boleh meneruskan penyusunan lantikan EXCO dengan seberapa segera,” katanya dalam sidang media di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dilaporkan sebagai berkata, partinya memutuskan bahawa ADUN daripada parti berkenaan tidak akan menganggotai EXCO baharu negeri Perlis.
Takiyuddin turut dipetik sebagai berkata, semua anggota EXCO sedia ada daripada PAS akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring peletakan jawatan Menteri Besar terdahulu, Mohd Shukri Ramli.
Mohd Shukri yang juga ADUN Sanglang daripada PAS, mengumumkan meletak jawatannya itu secara sukarela atas faktor kesihatan, berkuat kuasa Khamis lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








