BERITA SEMASAPMX

Kerajaan Perpaduan bebas sabotaj, semakin kukuh – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur apabila muafakat dalam Kerajaan MADANI disifatkan semakin kukuh, ikhlas dan bebas daripada sebarang usaha sabotaj atau pengkhianatan.

Kenyataan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dibuat selepas diminta mengulas mengenai situasi politik membabitkan kerajaan pimpinan pembangkang di Perlis.

“Saya syukur alhamdulillah kerana muafakat perpaduan dalam Kerajaan MADANI itu lebih mantap, ikhlas dan tidak ada usaha sabotaj khianat seperti mana berlaku dalam kalangan rakan-rakan lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, ketidaktentuan politik yang melanda Perlis sejak beberapa hari lepas reda dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, sebagai Menteri Besar baharu.

Tidak terhenti di situ, pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan peralihan kepemimpinan Menteri Besar daripada wakil PAS kepada BERSATU kini melarat ke peringkat pusat.

Terkini, Tan Sri Muhyiddin dilapor meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, disusuli peletakan jawatan oleh dua lagi pemimpin iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal selaku Pengerusi PN Johor dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan pengerusi PN Selangor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button