BERITA SEMASAPOLITIK

PN akan diterajui pemimpin PAS – Ketua Penerangan PAS

KUALA LUMPUR – PAS akan menampilkan calon daripada parti itu bagi menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai pengerusi baharu susulan hasrat Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, calon yang bakal diketengahkan PAS tidak semestinya Presiden parti, sebaliknya seorang individu yang diyakini mampu menggembleng kekuatan semua parti komponen di bawah Perikatan Nasional.

“Individu tersebut perlu berupaya menyatukan dan memperkukuh kerjasama parti-parti yang berada dalam gabungan ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya.

Ahmad Fadhli turut menjangkakan rombakan akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberi fokus lebih tersusun kepada gerak kerja politik selepas ini, selari dengan persiapan menghadapi PRU16.

Dalam pada itu beliau menyifatkan keputusan Muhyiddin melepaskan jawatan itu sebagai satu langkah yang bijak dan tepat, khususnya ketika PN memerlukan momentum baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Muhyiddin atas sikap terbuka yang ditunjukkan serta mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada pengerusi baharu PN yang bakal dilantik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button