BERITA SEMASA

Anggota bomba cedera ketika padamkan kebakaran

JOHOR BAHRU – Seorang aggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya cedera ketika melakukan operasi pemadaman kebakaran di sebuah pasar raya di Jalan Seroja 56, Taman Johor Jaya, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, anggota berusia 23 tahun itu cedera di bahu kanannya akibat ditimpa serpihan ‘plaster’ simen ketika operasi memadam kebakaran dijalankan.

“Dia diberikan rawatan awal oleh pasukan unit EMRS sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, JBPM negeri menerima panggilan kecemasan kebakaran kilang yang dijadikan pasar raya itu pada 7.21 pagi dan pasukan tiba di lokasi pada 7.23 pagi.

Kebakaran berjaya dikawal pukul 9.10 pagi dengan operasi membabitkan kekuatan 30 anggota bersama tiga jentera dan sebuah EMRS dari BBP Johor Jaya, Larkin, Tebrau, Mount Austin dan Ulu Tiram.

“Kebakaran memusnahkan 70 peratus bangunan dan operasi masih dijalankan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button