BERITA SEMASA

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, 2 PPS terakhir ditutup hari ini

KOTA BHARU – Gelombang pertama banjir yang melanda Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Keadaan cuaca yang baik sepanjang empat hari lalu menyebabkan keadaan banjir mula pulih.

Dua PPS terakhir yang menempatkan seramai 97 mangsa daripada 35 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Deh, Rantau Panjang dan SK Kedai Tanjong, Pasir Mas ditutup pada pukul 3.30 petang tadi.

Banjir yang bermula pada 22 November lalu menyaksikan lebih 10,000 penduduk dari sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang, Machang dan Pasir Mas terkesan dengan fenomena berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd. Farid Ishak berkata, penduduk di Kelantan perlu sentiasa berwaspada kerana gelombang kedua banjir boleh berlaku bila-bila masa sepanjang musim Monsun Timur Laut hingga Mac depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button