Nubhan, Dr Afifah sah bercerai talak dua
SEPANG – Penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, sah bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Mahkamah Rendah Syariah, di sini hari ini.
Hakim Syarie, Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas meneliti secara terperinci fakta yang dikemukakan Nubhan selalu plaintif dan Dr Afifah (defendan).
Berdasarkan fakta kes, Nubhan melafazkan cerai kali pertama pada 19 Januari 2017 dan rujuk semula pada 21 Januari tahun sama manakala lafaz kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.

Ketika prosiding berlangsung, Nubhan dan Afifah turut mengesahkan fakta-fakta yang telah dikemukakan semasa ditanya sendiri oleh peguam syarie masing-masing dan Hakim Syarie.
Semasa prosiding, Nubhan diwakili peguamnya, Mohd Redzuan Ramli manakala Afifah diwakili peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Mohd Redzuan berkata, Dr Afifah dipercayai sudah selesai menjalani tempoh edah sebanya tiga kali suci.
“Mahkamah mengesahkan dua lafaz cerai dan rujuk tersebut. Pihak defendan (Dr Afifah) diperintahkan untuk menjalani proses edah bermula 26 Ogos dan ia berkemungkinan telah habis,” katanya memetik laporan mStar.
Sementara itu, Akberdin berkata, pihaknya bersedia berunding dengan Nubhan berkaitan isu melibatkan harta pencarian, mutaah dan nafkah anak.
“Kita akan cuba berunding dengan pihak plaintif. kalau dapat kata sepakat, kita akan terus rekodkan di mahkamah,” jelasnya.
Pada 26 November lalu, Dr Afifah menarik nafas lega apabila memperoleh hadanah hak penjagaan penuh terhadap tiga anaknya, Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayille, 3.
Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian Nubhan yang melafazkan talak terhadap isterinya di dalam kereta pada 26 Ogos lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


