BERITA SEMASA

Hujan lebat tahap buruk, waspada dijangka landa sebahagian besar Semenanjung hingga esok

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri sehingga Sabtu ini dengan sebahagian kawasan diletakkan pada tahap Amaran Hujan Berterusan (buruk) dan Amaran Hujan Berterusan (waspada).

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kedah (Kulim, Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong)

“Keadaan cuaca ini dijangka berterusan sehingga Sabtu dan penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan banjir kilat serta risiko tanah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya Amaran Hujan Berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi kawasan Kelantan, Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan, Rompin) Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat).

Sehubungan itu MetMalaysia meminta penduduk di kawasan berisiko rendah diminta bersedia menghadapi peningkatan paras air susulan hujan berterusan.

“Orang ramai disarankan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia serta agensi pengurusan bencana bagi tindakan lanjut,” katanya.


SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button