BERITA SEMASA

PM terima peletakan jawatan Shamsul Iskandar, tegaskan SPRM bebas jalan siasatan tanpa campur tangan luar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan segera tanpa sebarang campur tangan luar terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut menerima perletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai Setiausaha Politik Kanan dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.

Semalam Shamsul Iskandar meletak jawatan selaku Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri susulan kontroversi yang muncul akhir-akhir ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button