POLITIK

Adam Adli pangku jawatan Pengerusi MPN PKR Melaka ganti Shamsul Iskandar

PETALING JAYA – Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Pemangku Pengerusi PKR Melaka berkuat kuasa semalam.

Pelantikan itu diputuskan oleh Biro Politik PKR bagi memangku tugas Pengerusi MPN Melaka, Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin.

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan kelangsungan kepimpinan serta pengurusan parti di peringkat negeri berjalan dengan teratur dan berkesan.

“Bagaimanapun, jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal dan tidak terjejas dengan pelantikan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, PKR komited memastikan kestabilan organisasi parti terus diperkukuh selaras dengan agenda perjuangan dan persiapan menghadapi cabaran politik semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button