BERITA SEMASA

Pelakon Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia sendirian di rumahnya, sebentar tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh anak keduanya iaitu Muhammad Al Syafiq, 36, dalam laman Instagramnya sebentar tadi.

Katanya, dia yang baru pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kira-kira jam 9.10 malam tadi dan mendapati bapanya sudah tidak bernyawa.

Dharma
Jenazah Allahyarham Dharma Harun Al Rashid yang dikongsi anak keduanya di laman Instagram miliknya hari. Ini.

Menurut Muhammad Al Syafiq, jenazah akan diuruskan di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button