BERITA SEMASADALAM NEGERI

Beberapa laluan utama di Shah Alam ditutup sepenuhnya akibat banjir

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup beberapa laluan utama di sekitar bandar raya ini ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) penutupan laluan itu merangkumi di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Selain itu, menurutnya, Jalan Persiaran Jubli Perak berhadapan dengan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor di Seksyen 17, turut ditutup selepas dinaiki air.

Baca juga : KPT benarkan kelas dalam talian bagi IPT terkesan akibat banjir

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.

Hujan lebat berterusan turut menyaksikan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air.

Ia meliputi Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, Kampung Budiman, Seksyen U14, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, Taman Seri Muda, serta Padang Jawa, Seksyen 16.

Sebagai langkah keselamatan, anggota Pasukan PANTAS MBSA turut melakukan pemantauan di beberapa kawasan tumpuan banjir seperti Sungai Damansara, Seksyen 13, dan hasil pemeriksaan mendapati berlaku kenaikan paras air tetapi pam berfungsi dengan baik.

MBSA meminta orang ramai menghubungi Pasukan PANTAS melalui talian 03-55105811 untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir.

Setakat jam 3.30 petang tadi, seramai 327 mangsa banjir daripada 109 keluarga di lima daerah terjejas di Selangor, ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button