BERITA SEMASADALAM NEGERI

Petronas nafi jadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh

KUALA LUMPUR – Petronas menafikan dakwaan kononnya syarikat itu menjadi penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.

Dalam kenyataannya, syarikat minyak dan gas negara itu menegaskan bahawa Petronas tidak pernah memeterai sebarang perjanjian penajaan dengan liga berkenaan atau memberikan kebenaran penggunaan nama serta jenamanya.

Memetik laporan BERNAMA, Petronas berkata, pihaknya memandang serius sebarang isu yang menyentuh integriti jenama, selain terus komited menyampaikan nilai kepada pihak berkepentingan dan komuniti di lokasi operasinya.

Khabar angin mengenai kononnya wujud usaha sama antara Petronas dan Liga Bola Sepak Bangladesh mula tular apabila beberapa portal sukan tempatan melaporkan dakwaan tersebut.

Perkara itu turut mencetuskan reaksi pelbagai pihak, termasuk yang mempertikai mengapa syarikat berkenaan dikatakan menaja liga di luar negara, sedangkan tidak menaja liga domestik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button