Banjir semakin buruk: Lebih 500 mangsa di Manjung dipindahkan ke PPS
IPOH – Lebih 500 mangsa banjir terjejas di sekitar daerah Manjung melibatkan kawasan Pantai Remis, Ayer Tawar, Beruas, Segari, Pasir Panjang Laut dan Sitiawan.
Menurut satu hantaran oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, jumlah terjejas itu setakat jam 4 pagi hingga 8 pagi, hari ini.
“Bagi menampung jumlah mangsa banjir, sebanyak 10 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah di buka kepada mangsa banjir untuk berlindung.
“PPS yang telah dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Banjar, Ayer Tawar; Dewan Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar; Dewan Arena Harmoni Kampung Bakar Bata Ayer Tawar; Dewan Orang Ramai Batu 4, Segari dan Sekolah Kebangsaan Beruas.
“Turut dibuka ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Batu, Pantai Remis; Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai; Dewan Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman Pasir Panjang Laut; Sekolah Kebangsaan Nakhoda, Batu 3, Segari dan Sekolah Kebangsaan SERI Selamat, Sitiawan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, beberapa agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah digerakkan bagi membantu operasi pemindahan dan pemantauan di kawasan terjejas.
Katanya, orang ramai dinasihati supaya mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan paras air di kawasan penempatan masing-masing menerusi laman sosial jabatan kerajaan serta mematuhi arahan berpindah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








