Johor terima kunjungan Khabib Nurmagomedov hari ini
JOHOR BAHRU – Kehadiran ikon seni bela diri campuran dunia, Khabib Nurmagomedov, kembali mencuri perhatian apabila figura terkenal UFC itu berkunjung ke negeri Johor hari ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar beliau dan isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam bersama bekas juara lightweight UFC itu, sambil menzahirkan penghargaan atas kunjungan berkenaan.
“Satu penghormatan menerima saudara saya @khabib_nurmagomedov di Johor. Banyak pembangunan menarik sedang berlaku dalam setiap aspek di Johor. Alhamdulillah,” titah baginda dalam hantaran ringkas tersebut.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Asman Shah Abd. Rahman; EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah; serta Duta Sukan Johor, Datuk Seri Lee Chong Wei dan Sonny Bill Williams.
Sebelum ini, pada Oktober lalu, Onn Hafiz memaklumkan bahawa lawatan rasmi Khabib turut disertakan dengan Majlis Pecah Tanah Khabib Gym Johor, sebuah pusat latihan bertaraf antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pembangunan sukan, pembentukan sahsiah dan penerapan nilai murni.
Selain itu, pada Oktober tahun lalu, TMJ turut menerima menghadap Khabib, dengan pertemuan tersebut menyentuh mengenai program pembangunan belia serta cadangan membuka gimnasium latihan rasmi tokoh sukan itu di Johor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







