
[VIDEO] Kemasukan ke IPT berasaskan meritokrasi hanya akan ‘menimbulkan kekacauan’ – PM Anwar
KEPALA BATAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mempertahankan sistem kuota bumiputera dalam kemasukan pelajar ke IPT sambil berkata, kemasukan berasaskan meritokrasi hanya akan ‘menimbulkan kekacauan’.
Kata Anwar, sistem kuota tidak menafikan peluang untuk bangsa lain kerana rayuan masih boleh dilakukan jika mereka benar-benar layak.
@malaysiatribune PM kata sabah… jangan gopoh sangat #meritokrasi #pelajar #matrikulasi #pulaupinang #temuanwa #madani pmx pm
“Janganlah nak batalkan sistem kuota kerana ia akan menimbulkan turmoil (kekacauan) dalam negara ini. Kalau ada anak India atau anak Cina yang berasakan mereka tidak dilayan dengan adil (kerana sistem kuota Bumiputera), boleh buat rayuan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi pertimbangan.
“… anda bercakap tentang soal meritokrasi, tetapi anda tidak tahu ada sekolah yang cukup daif… tempat orang-orang miskin belajar. Anda tak faham ada orang nak makan pun tak cukup, nak pergi sekolah… tetapi anda nak suruh (mereka) bersaing (melalui meritokrasi),” kata Perdana Menteri pada program Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, di sini hari ini.
Terdahulu, seorang pelajar meluahkan rasa tidak puas hati kerana sistem kuota didakwa menyebabkan ahli keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan awam biarpun melalui pengambilan kedua.
Pelajar tersebut turut mendakwa, terdapat pelajar yang kurang berkelayakan, tetapi lebih mudah diterima dalam institusi tersebut semata-mata kerana mereka adalah Bumiputera.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau boleh mengambil keputusan yang popular semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak, namun ia akan memberi kesan buruk.
“Kita perlu lakukan (perubahan) secara berperingkat… tidak boleh buat secara gopoh. Anak-anak India, anak-anak Cina semua anak saya. You force us to change now to satisfy the demand of the extremist, we will be wiped out in the election. And you will have Pas and Bersatu to govern this country,” katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, mereka yang mempersoalkan tentang sistem kuota harus belajar mengenai sejarah negara ini, dan memahami mengapa ia penting bagi menjamin keadilan untuk kaum Bumiputera, tanpa meminggirkan nasib kaum lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








