BERITA SEMASA

Harga RON95 kekal RM1.99 seliter

PUTRAJAYA – Harga petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95) dikekalkan pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi jaminan bahawa bekalan bahan api negara masih mencukupi dan dijangka dapat bertahan sehingga Mei tahun ini.

“Satu hal amat membimbangkan ialah konflik ini punya kesan terhadap ekonomi dunia Asia, termasuk Malaysia. Kerana berpunca daripada ketegangan itu, terbatas kebebasan ruang udara penerbangan, pesawat dan lebih parah adalah gangguan bekalan minyak dan gas yang selalunya melalui Selat Hormuz.

“Tapi Alhamdulillah, berkat pengurusan Petronas dan negara, kita dapat menjamin bekalan minyak yang cukup dan mengekalkan harga RM1.99 bagi Budi95,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam satu sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button