BERITA SEMASA

Potongan sehingga 25 peratus tambang KLIA Ekspres untuk penumpang Batik Air

KUALA LUMPUR – Penumpang kelas perniagaan Batik Air kini boleh menikmati potongan sehingga 25 peratus bagi tambang KLIA Ekspres menerusi kerjasama strategik dengan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL).

Kerjasama berkenaan menjadikan Batik Air satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan diskaun khas tersebut kepada penumpang Business Class Flexi, sekali gus meningkatkan keselesaan dan kemudahan perjalanan antara bandar dan lapangan terbang.

Batik Air berkata inisiatif itu memberi nilai tambahan kepada pengembara perniagaan yang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, iaitu tren terpantas negara yang menghubungkan KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya dalam tempoh 28 minit.

“Kerjasama ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memastikan perjalanan penumpang lebih selesa, efisien dan lancar dari bandar ke lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Penumpang Business Class Flexi turut menikmati pelbagai kemudahan lain termasuk daftar masuk keutamaan, elaun bagasi yang lebih besar, penjadualan semula penerbangan secara fleksibel serta akses ke ruang istirahat eksklusif.

Bagi kemudahan tambahan, Batik Air juga menyediakan perkhidmatan daftar masuk di KL Sentral yang membolehkan penumpang menyerahkan bagasi dan mendapatkan pas masuk sebelum menaiki tren KLIA Ekspres ke lapangan terbang.

Kerjasama itu dilihat selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh sektor pelancongan dan perniagaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, selain menonjolkan komitmen Batik Air dalam menyediakan pengalaman perjalanan premium dan menyeluruh untuk penumpang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh memuat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau melayari laman web rasmi di www.batikair.com.46

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button