SUKAN

Pelumba muda Switzerland kritikal akibat kemalangan di Litar Sepang

SEPANG – Pelumba muda Switzerland, Noah Dettwiler, dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ketika sesi sighting lap Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), petang tadi.

Kejadian berlaku di selekoh ketiga apabila Dettwiler dipercayai menunggang perlahan akibat masalah teknikal pada jenteranya sebelum dirempuh dari belakang oleh pelumba Sepanyol, Jose Antonio Rueda.

Menurut laporan majalah Two Wheelers, impak kuat perlanggaran itu menyebabkan Dettwiler mengalami kecederaan parah, termasuk kehilangan darah yang banyak, beberapa kali henti jantung, kecederaan pada limpa dan paru-paru, serta patah terbuka di bahagian kaki.

“Pasukan perubatan yang bertugas di litar segera memberikan rawatan kecemasan sebelum beliau diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Ekoran insiden tersebut, perlumbaan Moto3 ditangguhkan hampir satu jam setengah bagi memberi ruang kepada pasukan keselamatan menjalankan prosedur menyelamat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook malam tadi.

Difahamkan, keluarga Dettwiler kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bersama beliau yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Kejadian itu mengundang reaksi simpati daripada pelumba, pasukan dan peminat sukan permotoran di seluruh dunia yang turut mendoakan agar Dettwiler segera pulih.

Insiden berkenaan turut dianggap antara kemalangan paling serius dalam musim perlumbaan kali ini, sekali gus menimbulkan semula perbincangan mengenai tahap keselamatan dalam sesi sighting lap sebelum perlumbaan utama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button