POLITIK

PRN Selangor: Anwar beri sokongan calon PH-BN

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir memberikan sokongan kepada tiga calon mewakili Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Tua, Hulu Kelang dan Gombak Setia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

DUN Sungai Tua akan ditandingi oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari manakala Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli bersaing merebut kerusi Hulu Kelang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin akan beratanding di DUN Gombak Setia.

Turut mengiringi Anwar yang juga Pengerusi PH, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta kepimimpinan tinggi parti PKR dan UMNO.

Anwar berarak bersama calon dan penyokong ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak hari ini.

Amirudin bakal berdepan saingan satu lawan satu berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Amirudin telah memenangi kerusi Sungai Tua dengan majoriti 11,374 undi.

Parlimen Gombak akan menjadi medan petempuran yang sengit berikutan nama-nama besar seperti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut bertanding bagi kerusi Hulu Kelang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button