Empat sekolah di Teluk Panglima Garang terjejas ribut, KPM arah laksana PdPR
PUTRAJAYA – Empat buah sekolah di Teluk Panglima Garang, Selangor yang terjejas akibat ribut petang semalam kini dalam proses pembersihan dan penilaian kerosakan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya, SK Kampung Medan dan SK Jalan Tanjung.
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa usaha baik pulih akan dilaksanakan sebaik penilaian kerosakan selesai bagi memastikan kemudahan sekolah dapat digunakan semula dalam masa terdekat.
“Semua sekolah terjejas akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam tempoh sementara bagi meneruskan sesi pembelajaran serta menjamin keselamatan murid dan warga sekolah,” jelas kenyataan itu.
Kementerian turut menggesa jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah serta pentadbir sekolah di seluruh negara supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cuaca tidak menentu, bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan seluruh warga pendidikan sentiasa terpelihara.
Kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku sekitar pukul 4 petang semalam menyebabkan kemusnahan teruk sekolah dan kediaman penduduk di sekitar Teluk Panglima Garang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








