BERITA SEMASA

Flotila FFC x TMTGM dijangka masuki zon merah petang esok

SERDANG – Misi kemanusiaan flotilla Freedom Flotilla Coalition X Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTGM) dijangka memasuki zon merah pukul 5.00 petang esok (waktu Malaysia).

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, kesemua kapal sedang bergerak pada kelajuan 4.00 knot dan berada 180 batu nautika iaitu zon kuning dari perairan pantai Gaza.

Kemas kini mengenai pergerakan flotilla tersebut dikongsikan Kamarul Zaman dalam satu hantaran di akaun Facebook MyCare, sebentar tadi.

Dalam hantaran sama, beliau turut memaklumkan Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Mohd. Alauddin Mohd. Ali melaporkan kesemua delegasi kapal telah sebulat suara untuk bertemu dalam satu garis masa dijangka di 150 batu nautika daripada pantai Gaza.

Sementara itu, salah seorang waklil Malaysia, Dr Fauziah berkata, dunia perlu memberi lebih tekanan kepada rejim zionis.

“Semua lapisan masyarakat harus bangkit memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan rakyat Palestin khususnya di Gaza,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menyarankan penganjuran demonstrasi sehingga semua peserta misi kemanusiaan tersebut selamat dilepaskan daripada penjara sekiranya ditahan tentera laut rejim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button