FAM perlu segera fail rayuan, beri penjelasan isu dokumen palsu – Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digesa segera melengkapkan proses rayuan berhubung keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mendedahkan pihaknya menerima dokumen palsu daripada badan bola sepak negara itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau telah membaca alasan penghakiman FIFA dan menegaskan FAM tidak boleh berdiam diri dalam isu yang menjejaskan imej bola sepak tanah air.
“FAM perlu melengkapkan proses rayuan bukan sekadar mengumumkan hasrat untuk merayu tetapi mesti memfailkannya dengan segera.
“FAM tidak boleh berdiam diri dan perlu memberi penjelasan yang jelas mengenai segala pendedahan yang dibuat oleh FIFA,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Menurut Hannah, penyokong bola sepak tanah air kini berasa marah, terluka dan kecewa dengan situasi yang melibatkan nama baik FAM di peringkat antarabangsa.
Beliau pada masa sama mengingatkan agar tumpuan juga diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang bakal menentang Laos minggu ini.
“Kepada pemain Malaysia, kami sentiasa bersama anda,” katanya lagi.
Terdahulu, FIFA mendedahkan dalam alasan penghakiman bahawa pihaknya menerima dokumen yang didakwa palsu daripada FAM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








