Anwar sahkan aktivis Malaysia dibebaskan, tiba di Istanbul malam ini
KUALA LUMPUR – Semua aktivis dan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan dan dijangka tiba di Istanbul, Turkiye malam ini waktu Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu adalah hasil doa rakyat serta usaha berterusan pelbagai pihak yang terlibat dalam rundingan.

“Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan akan tiba di bumi Istanbul malam ini, insyaAllah.
“Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia dan usaha berterusan semua pihak yang menggalang seluruh kekuatan akhirnya membuahkan hasil,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan rakan-rakan pimpinan negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan aktivis Malaysia itu.
Misi GSF disertai aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara dengan tujuan menghantar bantuan ke Gaza.
Delegasi Malaysia sebelum itu dilaporkan ditahan pihak berkuasa Israel sebelum pembebasan mereka direalisasikan melalui usaha diplomatik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








