BERITA SEMASA

CENTHRA hantar lima aktivis undang-undang bantu rakyat Malaysia ditahan rejim zionis

CYBERJAYA – Lima aktivis undang-undang hak asasi manusia daripada Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) kini berada di Amman, Jordan bagi memastikan aktivis rakyat Malaysia yang ditahan tanpa sah oleh rejim zionis mendapat perlindungan undang-undang secara telus dan adil.

Menurut CENTHRA dalam satu kenyataan, tindakan itu adalah hasil kerjasamanya dengan pasukan undang-undang hak asasi manusia yang berpangkalan di Israel, ADALAH (The Legal Center for Arab Minority Rights in Israel) bagi memastikan hak asasi manusia dihormati dan prinsip undang-undang antarabangsa dipatuhi.

Dalam kenyataan sama, CENTHRA mengecam sekeras-kerasnya tindakan agresif dan melampau rejim Israel terhadap Global Sumud Flotilla, yang merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa.

Katanya, sekatan laut ke atas wilayah Gaza adalah haram menurut San Remo Manual (Artikel 102) kerana menjejaskan penduduk awam dan menghalang bantuan kemanusiaan.

“Misi Flotilla ini adalah misi aman dan kemanusiaan semata-mata, demi melaksanakan hak kebebasan pelayaran antarabangsa (UNCLOS, Artikel 87). Tindakan Israel menghalang dan menahan flotilla adalah pelanggaran undang-undang laut antarabangsa.

Related Articles

“Sebagai kuasa pendudukan yang tidak sah, Israel wajib memastikan bekalan makanan dan ubat-ubatan sampai ke Gaza (Konvensyen Geneva Keempat & Protokol Tambahan I).

“Sebaliknya, Israel terus menggunakan kelaparan sebagai senjata perang, jenayah yang turut menjadi asas waran tangkap ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant,” kata CENTHRA dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, CENTHRA turut mnenuntut supaya Israel segera membebaskan kesemua delegasi Sumud Nusantara termasuk kesemua aktivis rakyat Malaysia dan Global Sumud Flotilla dan kapal yang terlibat.

“Israel juga perlu memberi pampasan kepada mangsa dan pemilik kapal (di atas tindakan mereka).

“Kami juga menyeru negara anggota PBB (PErtubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), organisasi dan masyarakat sivil tempatan dan antarabangsa mengambil tindakan segera untuk menghentikan pencabulan Israel, termasuk genosid di Gaza,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button