JENAYAH & MAHKAMAH

[VIDEO] Seorang maut, enam lagi cedera trak ATM terbabas masuk gaung

KUALA KANGSAR – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut selepas trak dinaiki bersama enam yang lain terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora, di sini petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.59 petang.

@malaysiatribune

Sebuah trak tentera dipercayai terjatuh dalam gaung berhampiran Terowong Menora. Sumber melaporkan seorang meninggal dunia, manakala 7 lagi cedera. #malaysiatribune #beritatiktok #beritasemasa #kerajaanmadani kemalangan #menora ipoh

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa yang tersepit di bahagian belakang trak.

“Mangsa pertama dikeluarkan pukul 5.54 petang dan disahkan meninggal dunia.

“Manakala mangsa kedua pula dikeluarkan pada pukul 6.14 petang dalam keadaan cedera,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Operasi disertai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.14 petang,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button