BERITA SEMASA

Ilham Fansuri alami masalah kesihatan akibat pelayaran terlalu lama

CYBERJAYA – Seorang peserta Malaysia dalam Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Ilham Fansuri, 27, dilaporkan mengalami masalah kesihatan agak serius selepas terpaksa mengharungi pelayaran lama dan mencabar.

Menurut bapa Ilham, Zainal Rashid Ahmad, 58, yang turut serta dalam misi sama menjelaskan, keadaan anaknya mula merosot pada hari ke-28 selepas tidak sedarkan diri.

“Saya hantar dia ke Hospital Alma, iaitu sebuah kapal bertaraf hospital kerana ada pakar-pakar di sana dan mereka yang uruskan. Saya serahkan anak sambil pesan, ‘Tolong jaga anak saya’.

“Ilham tidak sedarkan diri, dia tidak boleh buka mata, pemeriksaan mendapati anak mata juga tidak kembang. Dr Hashim dari Turkiye memaklumkan keadaan Ilham sebagai sangat teruk,” katanya menerusi siaran langsung bersama penulis buku, Ahmad Faezal.

Tambahnya, pelayaran tersebut mengambil masa lebih lama berbanding tempoh 16 hari yang disasarkan sehingga anak perempuannya itu terpaksa dibawa ke kapal Alma untuk menerima rawatan pada hari ke-28.

Zainal Rashid berkata, Ilham hanya tidur dan terlalu lemah untuk bergerak sepanjang siaran langsung dibuat.

“Saya pernah bawa dia ke Lubnan, ke Timur Tengah, tapi atas kapal kali ini lain dalam tempoh 30 hari dan keadaan saiz kapal,” jelasnya.

Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan itu bersama anak perempuannya merupakan antara 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button