SPRM siasat aset babitkan Dr Mahathir di Switzerland
CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat aset milik Tun Dr Mahathir Mohamad di beberapa negara baharu termasuk Switzerland.
Ketua Pesuruhjaya SPRM , Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya giat menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa luar negara seperti Pusat Koordinasi Antirasuah Antarabangsa (IACCC) di United Kingdom (UK), memetik laporan BH Online.
“Kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak berkuasa UK dan antara yang dinamakan IACCC dari UK.
“Ia antara pihak berkuasa di UK yang sedang membantu kami sekiranya ada apa-apa aset membabitkan Dr Mahathir.
“Betul (selain UK), kita juga melihat negara lain seperti Switzerland. (Bagaimanapun) masih belum ada perkembangan setakat ini,” katanya ketika ditanya perkembangan siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri itu di luar negara selain UK.
Terdahulu beliau menghadiri sambutan ulang tahun kelapan Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di sini, hari ini.
Sebelum ini, SPRM mengesahkan siasatan berhubung aset milik Dr Mahathir masih berjalan dan sedang mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa di UK.
Media melaporkan SPRM memanggil kedua-dua anak kepada bekas Perdana Menteri itu bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








