Putrajaya FOI terus diperkasa, pengisian ditambah baik tahun ini
PUTRAJAYA – Penambahbaikan pengisian program menjadi tumpuan utama bagi memastikan Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 terus memberi impak besar kepada masyarakat dan pendidikan tinggi negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kementeriannya komited menjadikan Putrajaya FOI sebagai program ‘signature’ berikutan kejayaan pada tahun lalu yang mendapat sambutan sangat menggalakkan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyeru agar program berimpak tinggi itu diteruskan setiap tahun.
“Perdana Menteri turut menggalakkan penglibatan lebih banyak kementerian dan agensi melalui pendekatan ‘Whole of Government’ bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Putrajaya FOI hari ini telah dipengerusikan buat pertama kali oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Mesyuarat turut membincangkan pelbagai agenda termasuk pembentangan program sepanjang lima hari penganjuran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 4 hingga 8 November depan.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud serta timbalan-timbalan menteri lain.
Tahun lalu, lebih 2,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan sepanjang berlangsungnya Putrajaya FOI.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment