Cabaran generasi hari ini memastikan kesinambungan kemajuan negara – Dr Zaliha
KUALA LUMPUR – Generasi masa kini berdepan cabaran besar dalam usaha memastikan kesinambungan kejayaan negara terus dipacu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, lebih enam dekad lalu, negara telah menenun sejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak berpadu membentuk Malaysia.
“Sejak itu, Malaysia melangkah jauh sebagai sebuah negara berdaulat. Kita menyaksikan kejayaan dalam membina prasarana moden, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuh ekonomi dan menempatkan nama Malaysia di pentas dunia.
“Semua ini lahir daripada perpaduan serta semangat juang rakyat yang tidak pernah luntur,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2025, di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.
Tambah beliau, ketika ini menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengisi perjalanan tersebut.
“Hari ini, tanggungjawab kita adalah mengisi perjalanan itu dengan membina negara MADANI yang adil, makmur dan inklusif.
“Sebuah negara yang meraikan kepelbagaian, menegakkan nilai kemanusiaan dan memastikan kemajuan dinikmati bersama oleh seluruh rakyat,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







