BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

PM umum tol percuma selama sebulan bagi pengguna EKVE

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan pengguna Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) fasa pertama yang menghubungkan Sungai Long ke Ampang akan menikmati tol percuma selama sebulan bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian itu bermula jam 6 pagi esok hingga jam 11.59 malam pada 30 September depan.

“Bermula pukul 6 pagi esok (30 Ogos) tol Lebuh Raya EKVE dikecualikan sehingga 30 September 2025,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika merasmikan pembukaan EKVE Seksyen Satu Persimpangan Bertingkat Sungai Long-Persimpangan Bertingkat Ampang hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button